Search This Blog

Thursday, September 24, 2009

Ya Allah,
Hanya kepadaMu aku persembahkan segala hajatku walaupun lemah pemikiranku dan kurang amalanku.
Aku sangat berharap kepada limpahan rahmatMu maka aku meminta kepadaMu wahai Tuhan yang memutuskan segala perkara dan yang menyembuhkan segala penyakit yang ada di dalam dada.
Ya Allah,
seperti mana Engkau pisahkan segala di antara segala lautan maka Engkau pisahkanlah aku daripa seksaan neraka Sa'ir dan daripada seksaan kubur dan daripada laungan penyesalan...

4

Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan keredhaan untuk menerima keputusanMu dan keuntungan ketika aku berjumpa denganMu,
dan aku memohon supaya diberikan kepadaku kedudukan para syuhada' dan kehidupan orang-orang yang bahagia,
dan aku memohon kemenangan terhadap segala musuh-musuh,
dan memohon supaya aku dikumpulkan bersama-sama dengan para anbiya'...

3

Ya Allah,
Sesungguhnya aku meminta kepadaMu akan iman yang benar dan yakin yang tidak ada kufur lagi selepasnya dan aku meminta akan rahmatMu yang dengan rahmat itu aku akan mendapat kemuliaan di dunia ini dan di akhirat kelak...

2

Ya Allah,
Aku meminta kepadaMu akan iman yang murni, yang memenuhi lembaran hatiku
dan meminta kepadamu akan keyakinan yang sebenar sehingga aku menyedari bahawa tidak ada sesuatu yang berlaku terhadap diriku kecuali apa-apa yang telah Engkau putuskan ke atasku dan aku meminta supaya aku redha dengan segala pemberian yang Engkau bahagikan kepadaku...

1

Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan rahmat yang turun dari sisiMu yang dengannya Engkau memberi hidayah di dalam hatiku,
dan dengannya Engkau himpunkan yang bercerai-cerai daripada segala urusanku,
dan dengannya engkau kumpulkan yang bercabang-cabang daripada segala pemikiranku,
dan dengannya Engkau pulangkan segala yang menjinakkan hatiku,
dan dengannya Engkau perbaikkan akan agamaku,
dan dengannya Engkau peliharakan segala sesuatu yang ghaib daripada pandanganku,
dan dengannya Engkau terima syahadahku,
dan dengannya Engkau bersihkan segala amalanku,
dan dengannya engkau ilhamkan kepadaku akan petunjukku,
dan dengannya Engkau tunaikan segala hajatku,
dan dengannya pula Engkau peliharakan aku dari segala kejahatan...